Martial Art World

Menyelami Dunia Ilmu Mempertahankan Diri

Kehidupan menyediakan tak terbilang pilihan untuk hidup,
Menyediakan keseronokan juga keperitan,
Keperitan dan keseronokan mengajar akan erti Hidup,
Erti yang mematangkan kehidupan.

Seni itu adalah penyampaian yang amat ringkas,
Yang membawa erti yang amat dalam,
Bunyi yang membawa risalah-risalah hati,
Lukisan yang membawa khabaran fikiran,
Serangan ringkas yang mampu menghentikan musuh.

Bela itu adalah menyelamat,
Mempertahankan yang zahir dan batin,
Menyalakan api yang hampir padam,
Menghidupkan semangat yang telah mati,
Menyelami ilmu alam yang tiada terhingga.

Diri itu adalah diri,
Berdiri dengan sendiri,
Tiada pengakhiran bagi diri,
Kerana hidup akan kembali selepas mati.

Seni Bela Diri Itu adalah Bertahan,
dengan menggunakan jalan yang paling mudah,
yang Menghidupkan semua,
mengembalikan kepada 1.