Monday, March 28, 2011

Hari Lahir



Pada Tanggal 29 mac 1992,
Seorang bayi perempuan dilahirkan,
Seorang yang degil tapi baik hati,
Seorang yang Senyap tapi berilmu,
Seorang yang penyabar dalam menghadapi dugaan.

Bagiku, dia la Temanku,
dialah sahabatku,
dialah Isteriku.
Memberi kesenangan dikala kedukaan.

Bagiku dan dirinya pula,
Hidup ini hanyalah medan ujian,
Yang mesti kami tempoh walaupun sukar.

Allah Itu Maha Esa

Saturday, March 26, 2011

Dakwah Dan Pembukaan

Da'wah itu pembuka,
Tiada sesipa yang boleh membuka,
Melainkan Allah jua sekembalinya.

Demi da'wah, Terlupa AkanNya,
Sanggup menggunakan tipu muslihat,
Sanggup meragui saudaranya,
Sedangkan diri tidak mengenalNya.

Walau sedalam mana diceritakan,
Walau setinggi mana dikhabarkan,
Walau Sejauh mana diterangkan,
Tiada mungkin dapat mengenali,
Sebelum dperkenalkan.

Dimana Diri?
Siapa diri?
Bagaimana membawa diri kembali?
Dimana hendakku Kembali?
Siapa Aku?
Siapa Engkau?
Siapa Makhluk?
Siapa Tuhan?
Dimana Letak semua itu?

Allah itu wujud lagi maha esa.

Semangat Dan Keinginan

Wajahnya yang bercahaya,
Membawa diri menempoh kehidupan,
Kehidupan yang penuh duri beracun,
Menutup cahaya memanggil kegelapan.

Ingatan jiwa tiada berhenti,
memanggil kembali cahaya yang hilang,
malam mulai menjadi siang,
jauh mulai mnjadi dekat,
lemah mulai menjadi kuat,
Takut mulai menjadi berani.

Rindu hati akan cahaya,
Menghancurkan segala keinginan lain,
Kerana kunci, diri letaknya,
Untuk kembali kepadaNya.

Pemikiran Dan Aku

Pemikiran itu Akal,
Membawa kita melalui lorong-lorong,
Lorang yang dibuka olehNya untuk kita,
Menguji kita akan kekuatan padaNya.

Aku pula didatangi pelbagai pemikiran,
namun, tiada pemikiran yang boleh menghapuskanNya,
Tiada pemikiran yang dapat menentang kebenaranNya,
Dianugerahkan kepada Insan yang dipilihnya.

Hidup dalam liku-liku,
Menghadapi fitnah yang amat dalam,
Menguji diri dan keTaudidan diri,
Mendalami pintuNya.

Menempoh hidup seorang diri,
Hanya diri yang mengetahui sebenarnya,
Akan kehidupan yang dilalui,
Kerana Riwayat Kita, kita yang mengetahui sejarahnya.

Walau kita mengetahui perit hidup,
Tetapi tiada seorang pon yang dapat kita beri,
Kerana mustahil mereka mempercayainya sebelom melaluinya,
Sebelom mereka menempoh jalan yang kita lalui.

Walau sedalam mana ku ketahui,
Walau sedalam engkau ketahui,
Ia tetap bukan ilmu yang boleh disampaikan bersama keasliannya,
Melainkan gambaran dan khayalan semata-mata.

Friday, March 25, 2011

Ketaksuban Keatas Perkataan Dan Hujjah

Membaca tulisan berhiaskan bunga,
Bunganya yang cantik lagi berseri,
Khabarnya indah menarik hati,
Tenggelamlah ia dalam kenikmatan.

Ibarat Perang dengan Lanun,
Hebatnya umpama 10 armada,
Sangkaan manusia kumpulan yang besar,
Tapi hanya Kumpulan yang kecil lagi menguasai.

Tiada sesiapa yang layak dipanggil hebat,
melainkan Allah jua segalanya,
Apakah mereka begitu hebat,
Sehingga Allah, Dimana mereka letakkan.

Sungguh Harum namanya,
Mendapat sanjungan orang ramai,
Apakah Lupa akan yang dihina,
Yang tiada kekuatan pada dirinya.

Hebat sekali memasang teori,
Hebat sekali mengatur strategi,
Apakah mereka amat mengetahui,
Sehingga lupa akan duri sendiri.

Wajahnya indah tiada bandingan,
Wajahnya bersih hatinya jernih,
Pergilah engkau kepadaNya,
Meninggalkan dunia yang serba hina.

Keujuban dan Kesalah Fahaman

Sesuatu yang tidak jelas kewujudan,
Sesuatu yang tidak jelas pada pandangan,
Sesuatu yang tidak jelas pada perasaan,
Sesuatu yang tidak jelas pada pegangan.....

Ketidak jelasan melahirkan prasangka,
Prasangka pulak melahirkan fitnah dihati,
Samada fitnah yang buruk atau baik,
namun ia sesuatu yang tidak pasti.

Penghujungnya samar,
pangkalnya kosong,
Mengharapkan kebaikan disebalik samar,
tapi mungkin kehancuran yang dihadapi.


Bersihkan kaca yang berhabuk,
Bersihkan hati yang tertutup,
Biarlah nyata sebelum menjawab,
Biarlah bersinar hati menerangi alam.

Tuhan sekalian alam,
Allah, Zat Yang Esa,
Tiada perkara yang mustahil baginya,
Mengubah dalam apa cara.

Allah adalah Sumber segala Kekuatan,
Menggerakkan apa yang dikehendaki,
Menghentikan apa yang dikehendaki,
Tiada kekuatan melainkan Dia.

Gelap malam menutup mata,
Satu kesempurnaan yang tiada tara.
Cerah mentari pusat pertualangan,
Mencari KebesaranNya.

Thursday, March 17, 2011

Syahadah Zahirku


Syahadah Ini Ditulis Dalam Bahasa Melayu Terengganu Lama

Ketuhanan

Allah itu nama kepada Zat,
Zat itu maha esa,
Keesaannya memangsuhkan kewujudan yang lain,
Maka Zat adalah hakikat kewujudan.

Tiada Daya Upaya bagi Yang Lain,
Melainkan Nya.

Allah yang wujud dan Berhaq keatasNya

Carilah Zat itu wahai, Orang-orang Mukmin

Jiwaku


Tahun bersilih musim berganti,
Angin kencang takku hirau,
gelojak jiwa pengeras nyawa,
Ombak besar samudera berapi menjadi lawan,
Menghirup ilmu yang kian menghilang......
...


Satu pengertian yang mengambil masa yang amat lama untuk diselami,
satu pengertian yang mungkin takkan terjawab selamanya,
namun, satu pengertian yang tidak mustahil memberi jawapan.


Peristiwa membayangkan masa, masa pula berlalu meninggalkan sejarah,
Hari berlalu dengan tenang, memaparkan kisah kehidupan.... Kegembiraan, kepahitan hidup membawa kepada kematangan, namun, hidup terus dalam pengujian.................................. selagi nyawa dikandung badan


Cuaca tidak selalu tenang, Laut pulak tak selalu bergelora,
Kehidupan adalah hatinya, matinya hati hilanglah kehidupan,
Berat mata memandang,
Hatilah yang meringankan.................

Rindu membisu tidak berkata,
Cinta menyepi dalam bekasan,
Lautan luas pusat pertaulangan,
Mencari manisan yang telah hilang.

Cinta Tuhan Penyeri Alam,
Membawa maksud amat mendalam,
Cintakan diri mencari tuhan,
Tiada siapa dapat menahan.

Kasih Sayang Alam Percintaan,
Indahnya mekar, gelapnya gelita,
Tajamnya umpama sembilu,
Harumnya umpama kasturi........


Idop kian berubah, walaupun hujan seketika,
namun masih wujud sang mentari, yang tiada
henti henti memancarkan cahayanya,
menerangi alam ciptaan Tuhan