Saturday, March 26, 2011

Pemikiran Dan Aku

Pemikiran itu Akal,
Membawa kita melalui lorong-lorong,
Lorang yang dibuka olehNya untuk kita,
Menguji kita akan kekuatan padaNya.

Aku pula didatangi pelbagai pemikiran,
namun, tiada pemikiran yang boleh menghapuskanNya,
Tiada pemikiran yang dapat menentang kebenaranNya,
Dianugerahkan kepada Insan yang dipilihnya.

Hidup dalam liku-liku,
Menghadapi fitnah yang amat dalam,
Menguji diri dan keTaudidan diri,
Mendalami pintuNya.

Menempoh hidup seorang diri,
Hanya diri yang mengetahui sebenarnya,
Akan kehidupan yang dilalui,
Kerana Riwayat Kita, kita yang mengetahui sejarahnya.

Walau kita mengetahui perit hidup,
Tetapi tiada seorang pon yang dapat kita beri,
Kerana mustahil mereka mempercayainya sebelom melaluinya,
Sebelom mereka menempoh jalan yang kita lalui.

Walau sedalam mana ku ketahui,
Walau sedalam engkau ketahui,
Ia tetap bukan ilmu yang boleh disampaikan bersama keasliannya,
Melainkan gambaran dan khayalan semata-mata.

No comments:

Post a Comment